Thursday 22 October 2015

Ciri - Ciri Usahawan dalam diri Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tony Fernandes






Biodata

             Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tony Fernandes dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau ialah seorang berbangsa Goa campuran Portugis Melaka. Sebelum menempah nama dalam bidang penerbangan, beliau bekerja di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd sebagai pengarah dalam syarikat tersebut. Kini, nama beliau menjadi sebutan dalam kalangan penduduk dari dalam dan luar Negara. Beliau merupakan ketua pegawai eksekutif atau Pengarah Air Asia Berhad dan Pengasas Tune Group Sdn Bhd. Beliau merupakan individu yang disegani dan disanjungi pada masa kini, dek kerana kebijaksanaannya dalam menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, “Semua mampu naik pesawat”.  Beliau juga menjadi terkenal kerana beliau berjaya memulihkan syarikat penerbangan Air Asia yang sebelum ini mempunyai masalah sehingga menjadi sebuah perusahaan yang terkenal. Kepetahan beliau dalam berbicara juga menjadi penentu kepada kejayaan beliau pada ketika ini.

Pemerhati

           Keinginan seseorang individu untuk terlibat di dalam bidang keusahawanan, tentunya terdorong oleh beberapa perkara. Melalui pemerhatian mereka terhadap sesuatu perkara itu, kemungkinan mendorong mereka untuk melakukan benda yang sama atau melakukan sedikit perubahan terhadap idea tersebut. Dalam konteks ini, kami telah memilih Tony Fernandes sebagai tokoh yang bertepatan dengan ciri tersebut.  Meskipun beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan atau pengalaman dalam industri penerbangan, namun berbekalkan minat yang mendalam beliau untuk terlibat dalam bidang tersebut, beliau berjaya menjadi seorang usahawan yang dikagumi dan dicontohi oleh ramai orang di dalam mahupun di luar Negara.  Kejayaan yang dikecapi oleh beliau sekarang adalah hasil daripada inspirasi yang beliau dapat daripada hasil pemerhatian beliau terhadap iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah Easyjet semasa beliau berada di London. Dari situ tercetus idea untuk beliau turut melakukan perkara yang sama iaitu menubuhkan sebuah syarikat penerbangan. 

          Oleh sebab tertarik dengan konsep yang digunakan oleh pusat penerbangan tersebut, beliau telah merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan itu di Malaysia dan berhasrat untuk mengembangkan konsep itu di rantau Asia meskipun hasrat beliau tersebut telah dipandang sinis oleh ramai orang. Namun selepas 9 tahun, beliau berjaya membuktikan bahawa beliau mampu merealisasikan impiannya, malah ideanya itu telah menjadi ikutan pesaing-pesaingnya. Sebagai contoh syarikat penerbangan MAS yang menubuhkan FireFly. Hal ini membuktikan bahawa minat dan keinginan yang ada membantu sesorang itu untuk mengatasi setiap cabaran yang wujud. 

               Dengan itu, jelaslah bahawa seseorang usahawan itu tidak mungkin akan berjaya sekiranya mereka tidak bijak dalam menggunakan akal mereka dengan melihat sesuatu perkara itu sebagai peluang untuk mereka mengorak langkah untuk mecapai impian masing-masing. Hal ini terbukti dengan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Tony Fernandes yang mana telah membawa kejayaan yang besar sehingga beliau kini menjadi tokoh yang dikenali dan disanjungi oleh ramai pihak.

Mempunyai Jaringan

            Tan Sri Tony Fernandes layak digelar usahawan yang berjaya kerana beliau mempunyai jaringan dalam perniagaan beliau. Jaringan dalam perniagaan sangat penting untuk mengembangkan sesuatu perniagaan sama ada jaringan dengan media atau dengan masyarakat sekeliling kerana ia merupakan salah satu faktor untuk memastikan sesebuah produk itu dikenali. Bagi memastikan produk beliau lebih dikenali Tan Sri Tony Fernandes telah mempromosikan produk beliau melalui pelbagai sumber iaitu melalui media cetak dan elektronik iaitu melalui iklan televisyen, radio mahupun akhbar-akhbar. Selain itu beliau juga turut mempromosikan produk beliau melalui internet seperti mewujudkan laman web, blog, dan sebagainya.

            Selain itu, faktor kejayaan beliau dalam perniagaan ini juga kerana beliau mempunyai jaringan dengan ramai orang seperi usahawan, penyanyi, pemimpin dan lain-lain sebelum memulakan perniagaan. Faktor ini menyebabkan beliau dapat bekerjasama dengan mereka bagi memulakan perniagaan melalui maklumat yang diperoleh. Contohnya, beliau meminta bantuan sahabatnya iaitu Datuk Pahamin Abd Razak untuk mendapatkan lesen bagi memulakan perniagaan ini dan mengatur temu janji untuk bertemu perdana menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad.

            Usaha Tan Sri telah membuahkan hasil kerana kini keuntungan yang diperoleh syarikat beliau sudah melebihi 500 juta dan kini nilai AirAsia sudah melebihi 4 bilion berbanding nilai ketika syarikat itu dibeli oleh Tan Sri yang sangat murah iaitu RM1 dan disertai hutang sebanyak RM 40 juta.

            Namun untuk mencapai kejayaan tesebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana beliau terpaksa menjual harta-harta dan mengeluarkan semua simpanan beliau bagi melangsaikan hutang tersebut. Di samping itu beliau juga berusaha mencari rakan kongsi bagi mengatasi masalah tersebut dan memulakan perniagaan mereka dari bawah berserta hutang yang masih tertunggak.

            Walau bagaimanapun, selepas beberapa tahun bertungkus lumus menaikkan nama syarikat tersebut beliau dan rakan-rakannya berjaya mencapai kejayaan kerana AirAsia hari ini bukan hanya bertapak di Malaysia tetapi turut bertapak di Indonesia dan Thailand, Filipina dan juga India. Syarikat AirAsia juga telah diktiraf oleh Skytrax sebagai penerbangan tambang murah yang mempunyai kos terendah di dunia dari tahun 2003-2015. Selain itu syarikat tersebut juga telah memenangi beberapa anugerah lain yang telah menaikkan lagi kedudukan Air Asia dan menjadi pesaing utama bagi semua syarikat penerbangan di dunia.

            Namun tidak hanya syarikat sahaja yang mendapat anugerah tetapi Tan Sri Tony Fernandes juga turut menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, seperti "Ketua Syarikat Malaysia bagi Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada Disember, 2003 (Anugerah ini merupakan sejenis anugerah tertinggi yang sehingga kini, hanya diberikan kepada sembilan pengusaha di Malaysia oleh American Express dan Business Times. Anugerah ini diberikan kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan kemahiran pengurusannya di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat Malaysia), Anugerah 25 Bintang Asia" (25 Stars of Asia) oleh Business Week pada tahun 2005 dan banyak lagi serta telah menjadi contoh kepada semua masyarakat yang mengenali figura ini.
            Beliau juga berada pada kedudukan nombor satu daripada 10 orang dalam senarai tokoh korporat yang paling dikagumi di Malaysia dan telah mengalahkan Robert Kwok iaitu orang yang paling kaya di Malaysia. Hasil daripada sering mempromosikan produk beliau dan menjaga kualiti dan mementingkan keselesaan dan kepuasan pelanggan, beliau berjaya dalam perniagaan tersebut. Ciri seperti inilah yang dapat menjadi faktor kejayaan seseorang usahawan.

Terbuka dalam mengambil risiko

Kriteria lain bagi seseorang usahawan yang berjaya dan cemerang ialah mengambil risiko yang diperhitungkan. Dalam konteks ini, mereka bukannya menempuh risiko atau mengambil risiko yang tidak terhitung, namun sebaliknya memperhitungkan risiko yang bakal dihadapi oleh mereka apabila menceburi dan melibatkan diri dalam sesuatu bidang keusahawanan tersebut. Tan Sri Anthony Francis Fernandes merupakan antara contoh usahawan yang sangat tepat untuk dikaitkan dengan ciri tersebut. Hal ini sememangnya terbukti apabila diselusuri setiap perkembangan kisah beliau dari sebelum bergelar usahawan cemerlang dan jutawan sehinggalah mampu menempah nama di peringkat antarabangsa dan berada pada kedudukan sekarang. Tony Fernandes, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutama kepada rakyat Malaysia dan sudah pastinya memberi kesan positif yang cukup besar khususnya dalam indusri penerbangan negara kita. Berbicara tentang ciri seterusnya yang terdapat pada tokoh usahawan hebat ini, dapat diketahui melalui kisah kejayaan beliau yang mana Tony Fernandes telah mengambil banyak risiko yang diperhitungkan. Hal ini sebenarnya merangkumi keputusan pertama beliau lagi, apabila beliau telah membuat keputusan untuk beralih daripada bidang muzik kepada sebuah bidang yang mencabar iaitu keusahawanan sehinggalah kini mampu menerajui industri penerbangan.

          Menceritakan kisah permulaan beliau meceburi bidang ini, apabila menyatakan hasrat dan impiannya untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan tambang rendah yang pertama di rantau ini, hakikatnya bukan sedikit yang memandang sinis dan tidak yakin akan impiannya tersebut. Pada masa yang sama juga, ramai pakar yang telah mempertimbangkan rancangan perniagaan Tony Fernandes yang menawarkan tiket harga rendah lantaran menganggapnya sebagai perniagaan yang tidak berjaya dan rugi. Sehinggalah kini, kita dapat melihat bahawasanya dengan memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk di Malaysia, slogan “semua mampu naik kapal terbang” tersebut hakikatnya telah berjaya membawa perubahan yang cukup ketara kepada cara hidup dan pemikiran rakyat Malaysia yang mana golongan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah mahupun sederhana dengan jumlah perkapita yang sedikit juga sudah mampu merasai pengalaman untuk terbang di awan biru. Berbeza dengan fenomena dahulu, kapal terbang selalunya dikaitkan dengan gaya hidup mewah dan hanya golongan elit dan berpangkat tinggi sahaja yang mampu menaikinya, namun sekarang semua orang mampu merasai pengalaman ini. Hal ini sekaligus merancakkan lagi sektor pengangkutan ini.

         Seterusnya, pengasas “Tune Air Sdn Bhd” ini juga telah mengambil risiko yang diperhitungkan apabila membuat keputusan untuk mengambil alih sebuah syarikat yang dibebani hutang dengan kadar jumlah yang banyak melalui syarikatnya Tune Air Sdn Bhd. Walaubagaimanapun, kita juga dapat melihat pada hari ini bahawa beliau telah berjaya mengatasi segala permasalahan tersebut dan sehingga kini, setelah mengambil alih syarikat tersebut, Air Asia bukan sahaja telah berjaya merekod dan meraih pelbagai anugerah, malah sudah mampu bersaing sengit dengan syarikat-syarikat penerbangan yang lain termasuklah MAS Berhad. Apa yang membanggakan lagi, kemampuan Tony Fernandes untuk menyelesaikan masalah beban hutang syarikat tersebut wajar dijadikan pemangkin kepada generasi usahawan yang baru bertapak pada hari ini. Apabila menyelusuri setiap rentetan dan susur galur kehidupan beliau sejak sebelum menjadi pengasas syarikat “Tune Air Sdn Bhd” sehinggalah mampu menempa nama pada hari ini, perjalanan beliau hanya bermula dari bawah dengan keberanian untuk mengambil risiko yang telah diperhitungkan. Contohnya, semangat beliau mula terpupuk sejak dari kecil lagi apabila selalu mengikuti ibunya, Ena Dorothy Fernandez ke program keusahawanan yang merupakan pengedar Tupperware pada ketika itu. Setelah melangkah ke dalam perniagaan dan keusahawanan ini, dapat dilihat pada tahun 2001, di mana syarikat Air Asia pada ketika itu hanyalah bernilai serendah RM1.00, malah dibebani hutang sebanyak RM40 juta, terbang ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun mempunyai hanya dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300, dan mempunyai bilangan pekerja seramai 250 orang. Namun selepas 9 tahun, dalam tempoh yang bukannya lama ini, Tony Fernandes telah melakukan transformasi dengan mencipta kejayaan yang membanggakan di mana AirAsia ketika itu bernilai hampir RM4 billion, mencatatkan keuntungan sebanyak RM549 juta, mampu terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 dan A330, dan kini mempunyai kira-kira lebih daripada 8,000 orang pekerja dari Malaysia, Thailand, dan Indonesia.

Apa yang menarik lagi tentang tokoh usahawan hebat ini ialah, sehingga kini, syarikat Airasia ini telah menjadi saingan syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa utama lain yang sebenarnya telah beroperasi lebih lama berbanding syarikatnya seperti Malaysia Airlines System (MAS), Singapore Airlines (SIA) dan Cathay Pacific. Kemampuan untuk bersaing dan berdiri sama tinggi dengan syarikat penerbangan maju yang lain ini merupakan sesuatu yang membanggakan dan sememangnya meninggalkan kesan positif kepada ekonomi negara kita khususnya industri penerbangan itu sendiri. Sangat menarik sebenarnya apabila modul perniagaan perkhidmatan tambang rendah AirAsia telah dijadikan ikutan oleh syarikat-syarikat pesaingnya seperti MAS yang menubuhkan Fireflyz, SIA yang menubuhkan Tiger airways dan Qantas Airways yang menubuhkan Jetstar Airways.

Sebagai kesimpulannya, kriteria usahawan yang berjaya iaitu terbuka dalam mengambil risiko di dapati turut ada didalam kisah kejayaan pengasas syarikat penerbangan ini, Tan Sri Anthony Francis Fernandes. Sewajarnya beliau dijadikan contoh mahupun ‘role model’ kepada para usahawan terutamanya kepada usahawan yang baru bertapak dan menghadapi banyak cabaran dan rintangan.

Proaktif

Tony Fernandes merupakan seorang tokoh usahawan berjaya yang mempunyai ciri usahawan yang proaktif.  Usahawan yang bersifat proaktif mempunyai keberanian yang tinggi dalam memberi cadangan, cepat mengambil peluang dan yakin terhadap peluang yang diambil tanpa mempedulikan kesan yang diterima. Usahawan proaktif juga bersedia mengambil risiko dan tindakan yang dilakukan kerana yakin tindakan yang dilakukan mendatangkan hasil. Sikap seorang usahawan proaktif ada pada Tony Fernandes iaitu  berani mengambil peluang membeli AirAsia yang hanya mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur dan mempunyai hutang, beliau yang tidak mempunyai modal  yang banyak untuk membeli AirAsia lalu memajakkan tanah dan mengunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membangunkan semula Air Asia. Dengan berkat dan usaha beliau walaupun hanya mengenakan penerbangan tambang murah kepada pelanggan, namun tetap mendatangkan keuntungan kepada syarikat. Beliau juga akan memperkembangkan lagi Air Asia dan mengenakan penerbangan tambang murah walaupun harga minyak meningkat atau menurun. Sifat usahawan berjaya yang proaktif akan sentiasa mencari-cari peluang perniagaan yang ada.

Berwawasan

Tony Fernandes merupakan seorang usahawan yang mempunyai wawasan yang tinggi terhadap syarikatnya iaitu AirAsia. Tony Fernandes yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif melihat peluang yang ada di Malaysia dengan memperkenalkan slogan ‘Sekarang Semua Orang Boleh Terbang‘ iaitu dengan mengenakan tambang yang murah kepada rakyat  Malaysia. Dahulu daripada syarikat penerbangan komersial, kini Air Asia menjadi salah satu syarikat yang berjaya di Malaysia. Dengan mengenakan tambang serendah RM 99 dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu, ramai rakyat Malaysia telah berebut untuk menaiki kapal terbang Air Asia. Kini Air Asia telah terbang ke 28 destinasi di Asia termasuk Bangkok, Jakarta, Macau. Tony Fernandes juga menyimpan kos rendah dengan kadar yang rendah dan membuat kadar pemulihan yang cepat. Beliau juga membuat keuntungan dengan menyediakan perkhidmatan kargo, jualan minimum di atas kapal dan pemasaran usahasama dengan syarikat lain.T

No comments:

Post a Comment