Thursday 22 October 2015

Ciri - Ciri Usahawan Berjaya

Ciri-ciri

Mengambil Risiko



Seorang usahawan tentunya memiliki sifat-sifat tertentu yang membolehkan mereka berjaya dalam bidang yang diceburi.  Dalam hal ini, sifat yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan ialah sanggup mengambil risiko dan mempunyai rangkaian hubungan dengan ramai pihak. Ciri pertama ialah seseorang usahawan hendaklah sanggup mengambil risiko.  Terdapat banyak tokoh usahawan yang dilihat bertepatan dengan ciri ini.  Untuk itu, kami telah memilih Datuk Dr. Azlina Che Abdullah sebagai tokoh usahawan yang mana memiliki sifat tersebut. Beliau  merupakan peneraju kepada syarikat produk kecantikan dan kesihatan yang dipercayai iaitu D’Navechee Beauty (M) Sdn. Bhd yang disegani dan menjadi ikon bagi anak muda kepada anak muda yang ingin menceburi bidang perniagaan. Pada awal permulaan karier beliau, pelbagai dugaan dan cabaran yang ditempuh.  Namun, dugaan yang dilalui tersebut telah menjadikan beliau lebih matang dan bijak merebut peluang yang ada. Beliau dikatakan sanggup mengambil risiko dengan menggadaikan apa sahaja yang dimilikinya seperti menjual aset yang ada bagi membuka syarikat meskipun biarpun ketika itu kegawatan ekonomi berlaku.

Dalam usaha untuk menempuh kejayaan dalam bidang yang diceburi, seseorang usahawan itu perlu menempuh pelbagai cabaran dan risiko yang tersendiri. Bagi Datuk Dr. Azlina Che Abdullah, niatnya untuk memulakan perniagaan dalam keadaan kegawatan ekonomi sedang berlaku, mungkin dianggap tindakan yang kurang bijak. Meskipun beliau menyedari risiko akan keputusannya untuk memulakan perniagaan pada ketika kegawatan ekonomi berlaku, namun beliau tidak gentar di mana prinsip beliau ketika itu ialah “Orang yang bijak akan sentiasa mencari cara atau jalan untuk berjaya, sedangkan orang yang gagal pula sibuk mencari alasan”. Namun, berbekalkan kesungguhan yang ada dalam diri beliau, beliau kini mampu berdiri megah sebaris dengan jutawan kosmetik yang lain. 

Oleh itu, jelaslah bahawa, kejayaan yang diraih oleh usahawan pada masa ini tidak datang bergolek. Kebanyakan dari mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran yang mungkin akan memberi kesan terhadap masa depan mereka. Namun, berbekalkan pengalaman, pengetahuan, dan semangat ingin berjaya, beliau mampu menjadi tokoh yang disegani malah pernah menerima anugerah kehormat daripada Sultan atau Raja di negeri masing-masing.


Mempunyai jaringan





Tidak mudah untuk seorang usahawan meraih kejayaan tanpa bantuan daripada pihak lain. Seorang usahawan yang berjaya perlu bijak dalam memilih individu yang bukan sahaja dapat membantu perniagaan mereka pada masa ini, tetapi juga berpotensi untuk membantu mereka pada masa akan datang juga. Oleh itu, kami telah memilih Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tony Fernandes sebagai tokoh yang bersesuaian dengan ciri tersebut. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Syarikat Penerbangan Tambang Murah yang disegani di Malaysia iaitu Air Asia. Dalam meraih kejayaan, beliau tidak berseorangan tetapi beliau dibantu oleh rakan baik beliau iaitu Datuk Kamarudin Meranum. Beliau menyatakan hasrat beliau untuk menjadi seorang usahawan dan menubuhkan syarikat penerbangan kepada rakan baiknya itu selepas tertarik dengan iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Easyjet. Tertarik dengan rancangan tersebut, kedua-dua sahabat baik tersebut bersepakat untuk mengeluarkan wang simpanan masing-masing dan berjaya mengumpulkan sebanyak RM1 juta untuk dijadikan sebagai modal.

Selain itu, beliau juga turut meminta bantuan daripada Datuk Pahamin Abdul Rajab untuk mendapatkan lesen penerbangan. Beliau pula telah membawa Tony Fernandes berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri pada ketika itu. Hasil perjumpaan tersebut, lesen penerbangan berjaya diperoleh. Mengakui jasa Datuk Pahamin begitu besar dalam merelisasikan impiannya menjadi kenyataan, beliau telah mempelawa Datuk Pahamin untuk menjadi rakan kongsi beliau. Kerjasama yang ditunjukkan oleh Tony Fernandes dan rakan-rakan kongsinya itu, mereka berjaya mengambil alih syarikat penerbangan Air Asia Bhd. yang mana syarikat tersebut diterapkan menjadi syarikat penerbangan tambang murah yang kini popular di Malaysia.

 Oleh itu, jelaslah bahawa kejayaan seseorang usahawan itu tidak mungkin dapat diperolehi tanpa bantuan daripada pihak lain.  Melalui kerjasama kedua-dua pihak, sudah tentu masalah dapat dikongsi dan diselesaikan secara bersama. Dalam situasi yang dialami oleh Tony Fernandes, kejayaan yang dikecapi oleh beliau sekarang adalah hasil titik peluh beliau bersama rakan baiknya itu. Tanpa bantuan tersebut, beliau mungkin tidak dapat berdiri teguh sebaris dengan usahawan berjaya pada masa kini.

Pemerhatian





                  Usahawan yang berjaya mempunyai ciri pemerhati yang peka terhadap keadaan sekeliling. Kebijaksanaan melihat keperluan masyarakat hari ini yang mempunyai masa yang terhad untuk melakukan sesuatu kerja membolehkan usahawan itu mengorak langkah lebih ke hadapan berbanding usahawan lain. Dengan pemerhatian, usahawan boleh menghasilkan idea untuk menaikkan lagi sesuatu produk atau perkhidmatan yang dianalisis secara terperinci bagi menjamin barang dan perkhidmatan boleh diguna pakai bagi jangka masa panjang.

            Usahawan yang bijak dalam memerhati sesuatu perkara, dapat mencetuskan pelbagai idea untuk memperkembangkan lagi produk yang dikeluarkannya. Salah seorang usahawan berjaya memperolehi idea melalui pemerhatian iaitu Dato’ Haji Ramly bin Mokni iainya pengasas Burger Ramly yang kini hangat di pasaran. Beliau telah beberapa kali memenangi anugerah usahawan terbaik dan kini beliau mempunyai syarikatnya sendiri seperti Ramly Food Processing Sdn. Bhd, Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd, Ramly Supermarket  Sdh. Bhd dan beberapa lagi, antara barangan yang dikeluarkan ialah burger ayam dan lembu, frankfurter ayam dan lembu, nugget, Alaskan Pollock dan banyak lagi.

            Idea ini tercetus semasa beliau bekerja sebagai pemotong daging di pasar raya pada awal tahun 1970. Beliau mula membuat pemerhatian terhadap daging dan barang sejuk beku yang dikeluarkan di pasar raya yang tidak menentu halal dan haram produk tersebut. Dari situ beliau mendapat idea untuk menghasilkan barang sejuk beku yang halal kepada umat islam. Beliau bijak mengambil peluang yang ada dan mempunyai idea kreatif untuk menghasilkan pek pembungkusan burger yang dapat menarik minat ramai orang pada hari ini untuk membelinya. Kini, Burger Ramly hangat di pasaran tempatan dan antarabangsa.


            Usahawan ialah orang yang mempunyai keistimewaan tersendiri walaupun daripada hanya menjadi sebagai pemerhati, mereka dapat menghasilkan idea yang membawa manfaat yang banyak kepada diri dan masyarakat, berbanding orang biasa yang hanya melihat tanpa bertindak untuk maju.

BERWAWASAN






Usahawan ialah orang yang banyak menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara, membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai dan mengurangkan kadar pengangguran. Usahawan juga seseorang yang sanggup mengambil risiko yang sudah diperhitungkan.

Seseorang usahawan yang berjaya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri, salah satu ciri usahawan yang berjaya ialah mempunyai wawasan. Menurut Kamus Dewan bahasa edisi keempat, wawasan bermaksud pandangan jauh (terutamanya yang   berkaitan dengan perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara. Wawasan bagi seseorang usahawan mestilah berlandaskan pelbagai keadaan seperti keadaan ekonomi dunia, keadaan fesyen atau trend terkini, atas permintaan pengguna dan sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan wawasan yang ingin dicapai mengakibatkan kerugian yang banyak.

 Setiap usahawan mempunyai wawasan yang tersendiri mengikut perkhidmatan atau barang yang disediakan. Salah seorang tokoh usahawan kosmetik yang mempunyai ciri usahawan yang berwawasan iaitu Dato’Aliff Syukri Kamarzaman. Beliau dulunya berkerja sebagai penjual kosmetik di pasar malam dan berkerja dengan orang lain. Pekerjaan tersebut baginya amat meletihkan dan beliau juga membuka bengkel make up di pejabat. Berkat keazaman dan matlamat yang tinggi untuk berjaya akhirnya beliau dapat membuka syarikat kosmetiknya sendiri.

Dato’ Aliff mempunyai wawasan untuk menjadikan sebuah syarikat “single level” yang dapat mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dari dalaman dan luaran dengan lebih ringkas serta produk yang dihasilkan berkualiti tinggi dan berkesan di samping murah yang mampu dimiliki oleh setiap orang dan dapat menjana keuntungan kepada pengeluar dan peniaga. Beliau juga mempunyai misi terhadap syarikat iaitu membantu wanita dan lelaki kelihatan lebih yakin dan bergaya. Terakhir, beliau berharap dapat mempelbagaikan lagi produk kecantikan dan kesihatan.


Wawasan seorang usahawan yang berjaya akan tergapai seiring dengan tindakan yang dilakukannya. Dengan ada wawasan juga, usahawan akan lebih bersemangat untuk menjayakan atau meningkatkan lagi barang dan perkhidmatan yang disediakan.

Proaktif





Steve Jobs adalah usahawan yang sesuai untuk sifat-sifat ini. Pada Mei 1998, Steve Jobs memperkenalkan iMac, iaitu produk paling inovatif pada masa itu. Industri PC sangat terpesona pada masa itu kerana reka bentuk yang canggih dan bukannya reka bentuk komputer yang berbentuk seperti kotak hitam atau  kotak penyaman udara. Steve Jobs juga memberi perhatian kepada pengalaman pelanggan, pelanggan dan pengguna untuk membuat inovasi pada suatu produknya. Steve Jobs juga boleh berfikir dan memahami seperti pengguna. Pada 28 Mei 2003, Steve Jobs memperkenalkan iTunes kepada dunia, iaitu sebuah kedai muzik dalam talian yang membolehkan pelanggan untuk mencari, membeli dan memuat turun muzik  dan mereka boleh membeli secara talian dengan hanya 99 sen utk setiap lagu tanpa yuran langganan. Selain itu, Steve Jobs mengubah cara kita  mendengar muzik dengan memperkenalkan iTunes. Pada masa itu, iTunes yang sangat popular kerana ia mudah, senang belajar dan juga iTunes boleh rungkai dan susun semula muzik. 

Budaya terbuka






Ciri usahawan yang seterusnya ialah budaya yang terbuka. Budaya terbuka ialah ilmu perlu disebarkan secara bebas dan pertumbuhan sepatutnya datang daripada membangunkan, mengubah atau memperkaya kerja-kerja yang telah sedia ada berdasarkan tentang perkongsian dan kerjasama, tanpa yang dihadkan oleh peraturan-peraturan berkaitan dengan undang-undang perlindungan Harta Intelek.


Mark Zuckerberg mempunyai ciri-ciri budaya yang terbuka. Mark Zuckerberg adalah salah satu pengasas Facebook. Mark Zuckerberg melihat komunikasi adalah perkara yang paling penting di era ini. Oleh itu, beliau membina alat seperti “messenger” untuk membantu orang-orang yang berhubung dengan orang yang mereka mahu dan berkongsi apa yang mereka mahu. Selain itu, orang yang berkongsi banyak melalui status dan gambar dapat mewujudkan suasana lebih memahami antara satu sama lain. Melalui perspektif kerajaan, Mark Zuckerberg percaya bahawa alat ini boleh membawa ketelusan dan kejujuran untuk dialog dalam persekitaran kerajaan yang boleh membawa kepada pemerkasaan rakyat, akauntabiliti yang lebih banyak bagi penyelesaian secara rasmi yang lebih baik pada masa ini. Seterusnya, dengan memberi kuasa kepada manusia untuk berkongsi, suara mereka dapat didengar dan kerajaan akan menjadi lebih responsif kepada isu-isu, lebih prihatin kepada rakyat dan bukannya dikawal oleh pihak ketiga.

Kerja berorientasikan kumpulan






Menyelusuri perjalanan usahawan yang cemerlang, kriteria seterusnya yang pasti tidak dapat dipisahkan dengan mereka sebagai usahawan berkualiti, pakar dalam profesionnya dan sewajarnya wujud dalam diri seseorang usahawan berjaya yang lain ialah mampu bekerja berorientasikan kumpulan. Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada perjalanan sesuatu kerja dalam pasukan atau ‘team work’ yang mengikut carta organisasi dan perjalanan sesuatu tugas masing-masing tanpa berlakunya pertindihan tugas dalam mencapai matlamat pasukan dan organisasi. Dalam konteks ini, pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang saling bekerjasama antara satu sama lain dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat, visi, misi, serta sasaran yang ingin dicapai dalam kerja berpasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.
Dalam menghayati semangat bekerja dalam kumpulan atau ‘teamworking’, kemampuan bekerja secara berpasukan yang dimaksudkan juga meliputi kebolehan seseorang untuk bekerja dengan orang lain yang datang dari latar belakang yang berbeza dalam mencapai sesuatu matlamat. Definisi ini menekankan bahawa kepentingan matlamat kumpulan adalah mengatasi kepentingan peribadi walaupun terpaksa bekerja dengan orang yang tidak dikenali mahupun kurang disenangi. Melalui kerja berpasukan sebegini juga, sesuatu organisasi sudah pastinya dapat meningkatkan hasil yang berkualiti tanpa meningkatkan sumber dalam bilangan yang banyak kerana pembahagian tugas dan jawatan dalam sesuatu organisasi kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Mereka perlu mampu dan bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya.
Usahawan berjaya yang mempunyai semangat berpasukan selalunya mempunyai standard dan kualiti yang tinggi selain bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan terus membangun. Kriteria yang disebutkan ini hakikatnya penting kerana pembahagian tugas dalam sesuatu organisai atau kumpulan sudah pastinya akan melahirkan sifat kepimpinan yang perlu wujud dalam diri setiap usahawan berjaya. Hakikatnya juga, usahawan yang berjaya bukan sahaja sekadar mempunyai kemampuan bekerja secara berpasukan dan berkumpulan, namun kebanyakan usahawan yang berjaya di luar sana tidak kira baru mula bertapak dalam bidang ini ataupun sudah jauh melangkah, mereka tentunya dilihat sebagai sumber inspirasi dalam bidang ini yang seterusnya meningkatkan keinginan untuk pergi lebih jauh dalam bidang keusahawanan. Bagi kriteria ini pula, kami telah memilih seorang usahawan muda yang berjaya serta penglibatannya dalam keusahawanan telah bermula dari bawah dan kini, namanya sudah menempah nama yang gah di negara kita . Tokoh keusahawanan yang dimaksudkan ialah Datuk Wan Mohammad Sani Salleh.
Apabila menyentuh soal keusahawanan automitif yakni perniagaan dalam bidang pengangkutan, nama Datuk Wan Mohammad Sani Salleh hakikatnya seringkali menjadi perhatian dan masyarakat umum secara hampir keseluruhannya mengenali insan ini, paling tidak pernah mendengar nama beliau. Mana tidaknya, nama Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB) ini terukir pada bas berwarna merah yang seringkali juga menjadi pilihan pengguna bas. Beliau juga telah menjadikan rakan karibnya sejak zaman kanak-kanak iaitu Datuk Sharifuddin sebagai inspirasi dan pembakar semangat untuk terus yakin dalam melangkah ke alam keusahawanan ini. Dalam hal ini, kejayaan yang dimiliki oleh rakannya yang pernah bersama-sama menjadi model sebelum beralih bidang itu sememangnya telah menjadi pendorong kuat kepada beliau untuk tidak teragak-agak menceburi bidang keusahawanan berasaskan automotif ini. Sejak daripada itu juga, beliau bertekad untuk merubah tahap kehidupan lantaran merasakan sedikit ketinggalan berbanding rakannya yang lain.
Berbicara tentang kriteria seorang usahawan yang berjaya, kami mendapati bahawa tokoh usahawan dalam bidang pengangkutan bas ini amat sesuai untuk dijadikan bukti tentang semangat berpasukan yang ditonjolkan beliau. Kerja berorientasikan kumpulan sebegini merupakan antara ciri penting yang sewajarnya ada pada setiap usahawan. Dalam konteks ini, ciri yang telah dinyatakan ini dapat dilihat dengan jelas dalam diri Datuk Wan Mohammad Sani Salleh apabila melihat kepada cara bekerja yang dilakukan oleh beliau. Pada mulanya, beliau membuka perniagaan bersama dua orang rakan kongsi sehinggalah akhirnya dua orang rakannya itu membuat keputusan untuk menarik diri. Pada saat itu juga, beliau mula merasakan keadaan yang sukar dan getir kerana terpaksa melakukan semuanya bersendirian tanpa rakan kongsi, berbeza dengan keadaan sebelumnya apabila beliau dapat merujuk kepada mereka berdua jika terdapat masalah yang harus diselesaikan. Pada saat itu juga, beliau hanya memiliki seorang sahaja pekerja dan akhirnya impian dan hasrat beliau untuk memulakan operasi bas ekpres mula menampakkan hasil selepas tiga tahun. Namun sebeginilah semangat keusahawanan yang kuat dapat dilihat dengan jelas apabila beliau mampu untuk bangkit daripada terkontang-kanting sendirian sehingga sekarang, beliau telah memiliki lebih daripada 150 kakitangan sendiri. Selain itu juga, jika sebelumnya beliau mempunyai pejabat kecil, kini beliau mempuanyai wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan kadar belanja mencecah RM7 juta. Apa yang amat menarik lagi, segala operasi di kaunter tiket Sani EExpress di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.

Bukan itu sahaja, sehingga sekarang, walaupun beliau sudah memiliki ramai pekerja dan kakitangan serta menjadi orang atasan, semangat berpasukan dan kerja berorientasikan kumpulan tetap dapat dilihat dengan jelas dalam diri Datuk Wan Mohammad Sani Salleh. Hal ini dapat dilihat kerana beliau sememangnya sangat menitikberatkan soal kelancaran kerja yang dijalankan oleh pihak pentadbiran dan kerja kakitangan beliau. Dalam konteks ini, beliau akan melihat dan memantau setiap kerja kakitangan beliau bermula daripada kerani kaunter sehinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kerana kelancaran operasi syarikat pastinya akan terganggu apabila walaupun hanya satu sahaja jawatan tidak berfungsi dengan baik. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa Datuk Wan Mohammad Sani Salleh merupakan seorang tokoh yang wajar dijadikan ‘role model’ oleh setiap manusia yang mahu menceburi bidang ini. Kriteria kerja berorientasikan kumpulan ini sememangnya dpat dilihat dengan jelas wujud dalam diri beliau.

Kegagalan Adalah Satu Pilihan




            Usahawan yang berjaya selalunya tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Hal ini demikian kerana, mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding kejayaan.

            Sebagai seorang usahawan, mereka tidak akan lari daripada menghadapi risiko kegagalan dalam perniagaan. Bagi seorang usahawan yang mempunyai fikiran yang terbuka dan bermotivasi, mereka akan menganggap kegagalan yang dihadapi dalam perniagaan adalah sebagai satu cabaran untuk terus maju dan berjaya dalam perniagaan tersebut. Hal ini bermakna mereka akan belajar daripada kegagalan yang dihadapi dengan membuat perubahan untuk bangun daripada kegagalan tersebut. Kegagalan ini dikatakan sebagai suatu risiko yang akan dihadapi oleh usahawan untuk berjaya.
            Contoh usahawan yang berjaya setelah berhadapan dengan kegagalan ialah jutawan muda dari Thailand iaitu Aitthipat Kulapongvanich. Beliau merupakan jutawan makanan segera rumpai laut yang dinamakan ‘Toa Kea Noi’. Sebelum beliau berjaya memegang gelaran sebagi jutawan beliau pernah mengalami kegagalan dalam perniagaan yang diusahakan sebelum ini iaitu perniagaan menjual chestnut goreng (buah berangan) dan menjual pemain DVD. Beliau juga pernah ditipu oleh orang yang membuat urus niaga dengan beliau yang menyebabkan beliau mengalami kerugian yang besar dan ketiadaan modal untuk memulakan perniagaan baharu.
            Namun begitu, kegagalan itu tidak mematahkan semangat anak muda ini untuk terus berusaha mencari modal bagi memulakan perniagaan baharu kerana beliau melihat adanya peluang untuk beliau berjaya dalam perniagaan rumpai laut kerana makanan seperti ini digemari ramai.
            Setelah berjaya mendapat modal dan tahu cara untuk menghasilkan rumpai laut yang enak beliau sekali lagi mengalami kegagalan untuk memasarkan produk kerana tidak mendapat kepercayaan daripada pihak yang ingin memasarkan produk tersebut iaitu syarikat Seven Eleven. Hal ini demikian kerana beliau tidak mempunyai kilang dan pembungkusan makanan beliau tidak menepati standard yang telah ditetapkan.
            Walau bagimanapun beliau masih tidak berputus asa dan cuba meningkatkan mutu produk beliau dengan membuat rekaan untuk menghasilkan bungkusan yang lebih menarik dan mencari bangunan terpakai untuk dijadikan kilang serta menggaji beberapa orang pekerja dengan tujuan memperoleh kepercayaan daripada pihak Seven Eleven walaupun kesuntukan masa dan mempunyai modal yang sangat terhad demi untuk memastikan produk mereka dapat dipasarkan oleh syarikat tersebut.
            Kini jutawan muda ini dapat menarik nafas lega dan tersenyum puas kerana usaha beliau telah berjaya dan produk beliau telah dijual di semua rangkaian seven eleven di seluruh dunia walaupun berkali-kali gagal.

           Hal ini menunjukkan bahawa kegagalan bukanlah penghalang utama kepada seorang usahawan kerana mereka fokus dengan matlamat mereka untuk berjaya. Kegagalan itu hanyalah untuk usahawan yang memilih untuk gagal dan bukannya penyebab utama perniagaan mereka tidak boleh maju dan berjaya.

Berorientasikan Hasil





Setiap usahawan mesti mempunyai pandangan jauh mengenai peluang yang ada. Setiap peluang yang diyakini mampu menjadikan wang kepada mereka maka mereka pasti akan mencuba melaksanakannya. Hal ini demikian kerana mereka dapat melihat hasil yang akan diperoleh akibat daripada tindakan mereka dan keadaan ini akan membuatkan mereka berani mengambil risiko.

            Seperti yang sedia maklum syarikat Honda merupakan syarikat yang dimiliki oleh jurutera dan usahawan motokar terkenal dari Jepun iaitu Soichiro Honda. Namun di Malaysia juga terdapat usahawan yang juga berjaya menaikkan nama Honda iaitu Tan Sri Loh Boon Siew. Boon Siew Honda merupakan sebuah syarikat yang sangat terkenal di Malaysia pada hari ini. Hal ini demikian kerana, keupayaan syarikat tersebut mengeluarkan motosikal yang menepati citarasa pengguna di Negara ini.

            Idea untuk menjual motosikal Honda di Malaysia tercetus sewaktu Tan Sri Loh Boon Siew bercuti di Jepun pada tahun 1958 di mana beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia. Oleh kerana beliau berpendapat bahawa motosikal model tersebut sesuai digunakan oleh orang Malaysia kerana saiznya yang agak kecil dan ringan berbanding motosikal keluaran Eropah maka beliau mengambil keputusan untuk membelinya dan menjualnya di Malaysia. ((Tan Sri Loh Boon Siew: the life and times of a fire dragon. Raymond Flower, Winston Lim, Cheng Yean Loh (Dato'). SNP Editions. 2006)
        Walaubagaimanapun, beliau hanya menjual motosikal tersebut kepada rakan-rakannya sahaja tanpa mengambil sebarang untung kerana beliau ingin masyarakat mengenali motosikal tersebut. Beliau juga ditertawakan oleh masyarakat kerana mereka menganggap bahawa motosikal tersebut tidak berguna dan cepat rosak namun perkara itu tidak mematahkah semangat beliau kerana beliau sudah dapat melihat hasil yang akan beliau peroleh dengan membawa kenderaan itu ke Malaysia.

            Jangkaan beliau terhadap hasil yang positif yang akan diperoleh daripada motosikal tersebut adalah tepat kerana pada tahun 1963 motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati dan mendapat permintaan yang menggalakkan sehingga ke hari ini.


            Hal ini menunjukkan bahawa usahawan yang mempunyai ciri berorientasikan hasil mampu mencipta kejayaan kerana mereka berpandangan jauh dan mepunyai tekad yang tinggi kerana mereka berusaha untuk merealisasikan perancangan yang ada di fikiran mereka.

2 comments:

  1. Assalamualaikum wr wb.
    salam persahabatan
    Perkenalkan, nama saya Andrean Baskoro, saya tinggal di jawa tengah, Indonesia. Sedikit berkongsi kisah hidup saya, semoga dapat menjadi inspirasi bagi rakan-rakan yang sedang terjerat masalah hutang terutama riba.
    3 tahun yang lalu saya pernah rugi dalam perniagaan hartanah dan kotraktor hingga akhirnya terjerat hutang sampai dengan hampir Milyaran. Dari mula kereta operasi s / d kereta peribadi ghaib. Dari merumahkan pekerja sehingga akhirnya saya yang merumahkan diri ..
    Ada banyak ikhtiar yang sempat saya lakukan hanya demi kembali bangkit. Dengan baki modal yang tidak seberapa, iseng ikut MMM. terdampar. Cuba peruntungan melalui paranormal, malah tambah susah ... ya pernah. Cuba beli nombor togel (modal nanya-nanya ke dukun), alih-alih nombor yang dijangka keluar, malah-malah nombor dukunnya yang tidak dapat dihubungi lagi (judulnya kena tipu lagi). Cuba mencari pinjaman online, malah disuruh pemindahan kos pentadbiran.
    Pada diri saya terpatri: Lebih baik berusaha dan gagal daripada mengumbar aib diri dengan cara meminta orang untuk memahami kesulitan yang sedang saya hadapi. Apapun peluang yang datang, saya follow up. Tidak masuk akal? Mungkin. Hanya saja, saya berkeyakinan bahawa orang baik pasti akan diketemukan dengan orang baik. Seiring berjalannya waktu, Allah bukakan jalannya juga. Di suatu petang saya dipertemukan dengan sebuah dompet. Melalui dompet itulah Allah turunkan cobaan sekaligus jalan yang merubah nasib saya. Saya katakan cobaan, kerana pada masa itu saya tidak pegang wang sama sekali. Sedangkan dalam dompet tersebut selain identiti dan sim pemiliknya, ia juga mengandungi 4 Atm dari Bank yg berbeza sekaligus ada sehelai kertas kecil yang diselitkan mengandungi 6 digit angka.
    Saya hanya menduga-duga saja bahawa angka tersebut adalah pin dari salah 1 Atm di dompet. Belum lagi ada wang 2.4 jt rupiah dalam lembaran 100ribuan. Kan wow banget godaannya? Sejujurnya dalam lapar dan dalam desakan bil, ada godaan untuk mempunyai isi dompet tersebut. Hingga akhirnya saya putuskan utk mendatangi alamat yang tertera di dalam kad pengenalan. Sempat tanya sana-sini. Ketika tiba di alamat yg tertera, saya tidak menyangka bahawa menurut warga sekitar, si pemilik dompet tersebut adalah pejabat disalah satu pejabat daerah. Dan kebetulan lagi, beliau tergolong sebagai dermawan di kotanya. Malah katanya, dia tidak segan utk membantu orang yg benar-benar sedang kesulitan. Apakah dengan memberikan pinjaman, atau memberikan modal usaha. Setelah berbual panjang lebar dan akan meminta diri, saya tidak menyangka sama sekali bahawa saya diajak untuk bergabung dalam perniagaan yg dia uruskan.
    Pendek cerita, melalui peluang dari beliaulah saya dapat memperbaiki keadaan ekonomi keluarga. Mengenai hutang saya? Ketika saya menulis kisah hidup saya ini, hutang saya telah mendekati lunas hanya kurang kira-kira dari 20jt saja. Jika saudara ingin turut bersilaturahmi dengan beliau, dgn tujuan untuk menyediakan pelaburan modal pada usaha yang saudara urus, atau ingin cuba peruntungan agar masalah hutang anda diberikan penyelesaian, saya bersedia utk mengantarkan saudara pada beliau.
    Tenang saja, tanpa bayaran apa-apa kok. Atau sekadar bermaksud utk berkongsi tips tentang bagaimana cara penyelesaian hutang pada kad kredit, KTA atau penyelesaian hutang pada rentenir, saudara boleh menghubungi saya via e-mail di:. Utk nombor telfon / bbm by request yaa.
    . Semoga saudara sekalian diberikan kemudahan dan kesabaran. Tetap semangat untuk berikhtiar. Kerana Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga kaum tersebut merubahnya. salam. Andreanbaskoro31@gmail.com oh iya, maklum saja sih .. Kalau ada yg mengaku boleh tidak meminta pemindahan sejumlah wang, sebaiknya tidak perlu ditanggapi. Tentunya anda tidak ingin bagai membeli kucing dalam karung kan? Kerana kalau pengakuannya memang benar, seharusnya orang tersebut berani untuk bertemu secara langsung.

    ReplyDelete
  2. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete